14 Ramadhan 1420 (22 Disember 1999) (RABU)


Mahathir diberi masa tujuh hari

KUALA LUMPUR, 22 Dis (HRKH)-Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad diberi masa tujuh hari mengemukakan bukti berikutan tuduhannya terhadap Barisan Alternatif sepanjang kempen pilihanraya lepas.

Ketua Pemuda KeAdilan, Ezam Mohd Nor berkata, jika Mahathir gagal melakukannya, beliau dituntut agar memohon maaf secara terbuka kepada rakyat negara ini dan meletakkan jawatannya kerana sikap yang tidak bertangggungjawabnya.

Ezam membuat tuntutan itu berikutan dakwaan Mahathire bahawa punca kemerosotan prestasi Umno adalah disebabkan tindakan pembangkang yang melakukan pembohongan, fitnah dan dakyah yang berterusan.

"Dr Mahathir jangan memperbodohkan rakyat dengan keyataan politiknya itu dan jangan meletakkan kesalahan ke atas orang lain jika diri sendiri sebenarnya menjadi perosak kepada negara dan partinya," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, KeAdilan akan terus mendedahkan penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa yang dilakukan oleh Dr Mahathir selama ini.

 

Comments: e-mail to harakahdaily@hotmail.com


SEARCH HARAKAH DAILY Search this site powered by FreeFind