[ Ciri-ciri Ayam Serama ] [ Kategori-Kategori Ayam Serama] [ Gambar Ayam Serama ]
                                                [Masalah Ayam Serama][ Tips penjagaan Ayam Serama ]
 
CIRI-CIRI AYAM SERAMA

Ayam Serama merupakan ayam bersaiz kecil dengan ketinggian maksima 8 inci dan beratbadan maksima 500 Gram. Ianya mula terkenal dikalangan peminat dan penternak ayam sejak kebelakangan ini.

Terdapat beberapa ciri utama yang membezakan diantara ayam serama dan ayam kapan diantaranya :

(i)   Saiz Balung Kepala

    Ayam Serama biasanya mempunyai kepala yang kecil dengan ukuran lebarmuka
      sebanyak 1 Inci dan mempunyai saiz balung yang kecil dengan ukuran lebar
      balungnya kurang dari 1 inci. Ayam Kapan biasanya berkepala besar dengan ukuran
      mukanya 1 1/2 inci dan balung kepalanya mencecah 2 inci.

(ii)  Berat Timbangan

      Berat timbangan bagi Ayam Serama biasanya kurang dari 500 Gram manakala
       Ayam Kapan melebihi 500 Gram dan mencecah sehingga 800 Gram.

(iii) Ketinggian Ayam

    Ayam Serama biasanya mempunyai ketinggian kurang daripada 8 inci manakala
      Ayam Kapan mencapai ketinggian 12 inci (kaedah ukuran tinggi diambil dari
      jarak tanah tinggi balung).

(iv)  Kokok Ayam

     Ayam Serama biasanya berkokok dalam nada "kok..kok..kok..kiok.."
       dengan bunyi hujungnya yang pendek manakala Ayam Kapan
       "kok..kok..kok..kooooooooook" dengan hujungya yang panjang.

(iv)  Saiz Lebar Pinggang

     Ayam Serama biasanya mempunyai bentuk pinggang yang halus dan ramping
        manakala Ayam Kapan mempunyai pinggang yang lebar dan besar.    [up]
 
 
 
 
KATEGORI-KATEGORI AYAM SERAMA

Terdapat 4 kategori ayam serama yang telah ditetapkan bagi setiap pertandingan iaitu :
1.   SERAMA
    Kategori serama ditetapkan bagi ayam serama yang mempunyai berat timbangan kurang dari 500
   gram

2  . SERAMA MUDA
     Terdapat beberapa ciri yang ditetapkan untuk mengenalpasti dan menentukan kategori serama
   muda iaitu seseekor ayam serama yang mempunyai bulu tengkok sederhana lebat,umur kurang
   dari 8 bulan, ekor belum siap tanpa lawi (markah lawi tidak diambil kira dan masih
   mempunyai sepasang taji anak.

3.   INDUK SERAMA
     Induk serama atau ibu ayam serama yang telah matang atau induk yang telah mencapai umur
   lebih 6 bulan.

4.    KAPAN
      Kategori kapan ditetapkan bagi ayam yang mempunyai berat timbangan melebihi 500 gram.           [up]
 
 
 
MASALAH-MASALAH AYAM SERAMA

Susunan ekor beserta kedudukan tegak naik dan turun seseeokor ayam jantan banyak mempengaruhi
kecantikan dan nilai harga bagi ayam serama dan kapan. Ayam jantan atau betina yang mempunyai
kedudukan ekor tegak adalah lebih cantik berbanding ayam yang mempunyai ekor turun.

Satu perkaran yang memburukkan bagi seseekor ayam adalah kedudukan ekor yang tidak normal atau dipanggil ekor belot. Masalah ayam ekor belok merupakan satu masalah yang amat perlu diberi perhatian serius di kalangan peminat dan penternak ayam serama dan kapan.

Proses kejadian ayam ekor belok kebanyakannya bermula dari ekor normal, kemudian ayam dihinggapi sesuatu penyakit dan hasilnya ayam akan condong ekornya apabila ia pulih dari penyakit tersebut. Selepas tempoh tersebut, ayam akan kekal dengan keadaan ekornya yang mula
senget sama ada sebelah kanan atau kiri dan kedudukan ini bergantung kepada berat atau ringan
keadaan kecatatan tersebut.

Mengikut pandangan Doktor Jamal, iaitu salah seorang peminat ayam serama bahawa kecatatan ini bukannya dipengaruhi oleh faktor genetik tetapi merupakan faktor jangkitan kuman pada sistem
saraf otak yang dikenali sebagai stroke atau C.V.A (Cerebro Vescular Accident) dan dikenali
juga dengan penyakit 'lintasan'.

Tanda-tanda awal ayam diserang penyakit ini ialah demam dan kurang selera makan. Warna pada bahagian balungnya bertukar kebiru-biruan.Keadaan ekor mula menurun dan tanda-tanda awal mula condong kesebelah kiri atau kanan. Penyakit ini biasanya berlanjutan sehingga beberapa hari.

Apabila kuman telah mula menyerang pada bahagian saraf otak,sistem otak mula memberi rangsangan
yang negatif dan keadaan ini boleh mengakibatkan ayam hilang keseimbangan pada bahagian anggota
tertentu terutamanya pada bahagian ekor. Ia akan berlanjutan sehingga boleh mengakibatkan sebelah bahagian kakinya terherot. Pada peringkat serius, ayam akan mengalami kecatatan berkekalan.

Setakat ini belum ada rawatan khusus antibiotik untuk melawan sindrom penyakit ini. Walaubagaimanapun penyakit ini tidaklah serius sehingga membawa maut.

Pemilik ayam serama tidak perlu risau kerana penyakit ini tidak membawa kesan kepada keturunannya. Walaupun bapak atau induk berekor belok, ianya tidak akan menghasilkan baka ekor belok pada anak-anaknya.                                                         [up]
 
 
 
TIPS PENJAGAAN AYAM SERAMA

Anak Ayam Serama atau Kapan yang baru menetas sekiranya hendak diasingkan dari induknya
     hendaklah diletakkan di dalam bekas  tertutup dan diletakkan mantol lampu 15 watt pada
     paras sederhana tinggi dari lantai. Anak ayam berusia kurang dari 30 hari memerlukan udara
     sederhana panas sekitarnya dan elakkan dari ianya terdedah kepada arah angin kerana ini
     boleh menyejukkan suhu badan anak ayam tersebut.

Suntikan vaksin pertama bagi setiap ekor anak ayam hendaklah dilakukan pada usia
      40 hari dan suntikan kedua pada 3 bulan berikutnya.

Berikan ubat cacing ayam pada sebulan pertama untuk mengelakkan dari pembiakan cacing di
     perut anak ayam.

Pemakanan pertama bagi setiap ekor anak ayam serama ialah makanan anak ayam no.1 yang
       mengandungi lebih protein.

Pemakanan kedua pada usia 3 bulan pertama ialah jagung halus dan makanan telur baka.

Sentiasa pastikan persekitaran sangkar ayam dalam keadaan bersih untuk mengelakkan
      jangkitan kuman.

Air minuman ayam hendaklah sentiasa ditukar dan pastikan dalam keadaan bersih dan tidak
     mengandungi klorin atau racun.

Sediakan ruang yang secukupnya untuk pembiakan ayam sekurang-kurangnya dalam sangkar
      berukuran 3'0" x 3'0".

Sekiranya ayam diserang sebarang penyakit hendaklah segera dibawa ke klinik haiwan
     untuk rawatan.                                                           [up]